BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 5, 2010

Adakah anda seorang islam??? apakah maksud islam??serta asal usul nyer???

Asal Usul Islam
Untuk memperolehi pengertian yang sebenar tentang asal usul Islam, kita perlu mengetahui akan keadaan Arab sebelum adanya Islam, akan diri Muhamad, dan akan sejarah awal Islam. Walaupun arkeologi, Al Quran dan Hadith mengandungi catatan yang banyak tentang perkara ini, ramai orang mungkin tidak sedar tentangnya.

ASAL USUL KATA “ALLAH”

Umumnya, kata “Allah” ialah kata singkatan dalam bahasa Arab bagi kata Al-ilah, yang bererti “Tuhan”. Baik orang Kristian Arab ataupun penyembah berhala juga menggunakan kata Ilah untuk Tuhan. Al-Kitab bahasa Arab dan bahasa Indonesia masa kini juga menggunakan kata “Allah“ untuk Tuhan. Dahulu, kata dalam bahasa Timur Tengah yang agak serupa yakni kata el membawa erti “tuhan”, baik digunakan untuk Tuhan yang benar atau berhala, dalam bahasa Ugaritik, bahasa Kanaan dan bahasa Ibrani. Sebelum Muhamad, Kaabah yang menempatkan para 360 berhala itu disebut Bait Allah atau “rumah Allah“. Ayah Muhamad yang meninggal sebelum Muhamad dilahirkan itu bernama “Abdullah” yang bererti hamba Allah. Tambahan juga, salah satu suku bangsa Yahudi digelar “Abdullah bin Salam” dalam Bukhari jilid 5, buku 59, bab 13, no. 362, hal. 241.
Khususnya, antara berhala yang dipuja di Mekah, salah satu berhala digelar “Allah”. Berhala ini ialah dewa bagi kaum Quraysh, dan dewa ini mempunyai tiga anak perempuan. Jika dibandingkan empat daripada lima rukun Islam, orang Mekah sebelum Muhamad juga berpuasa pada hari yang samamemberi sedekah kepada kaum sendiri yang miskin papa, bersolat menghadap ke Mekah, dan menaikkan haji ke Mekah. Walaupun ada juga perbezaan yang banyak antara agama Islam dengan penyembahan berhala kaum Ouraysh, agak hairannya ialah adanya kesinambungan amalan-amalan Islam ini dengan kebiasaan penyembahan berhala kaum Quraish.

Bahagian berikut akan menunjukkan bahawa, seperti dewa utama Yunani Zeus yang berasal daripada kata umum untuk Tuhan (theos), perkara yang sama juga terjadi dengan orang Arab sebelum adanya Islam.


MUHAMAD SEORANG SUAMI

Sura 4:3 mengatakan bahawa orang lelaki boleh mempunyai paling banyak empat orang isteri, tetapi Sura 33:50 membenarkan pengecualian kepada Muhamad. Menurut cendekiawan Islam Ali Dashti, berikut ialah isteri-isteri dan gundik-gundik Muhamad:
1.      Khadijah bt. Khuwailjd (yang pertama meninggal)
2.      Saudah bt. Zam’ah
3.      Aisyah bt. Abu Bakar (berumur 8-9 tahun)
4.      Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah
5.      Hafsah bt. Umar
6.      Zainab bt. Jahsyin
7.      Juwairiyah bt. Harith (orang tahanan)
8.      Umm Habibah Ramlah bt. Abi Sufian
9.      Safiyah bt. Huyay (orang tahanan)
10. Maimunah bt. al-Harith
11. Fatimah (untuk jangka waktu yang singkat)
12. Hind (janda)
13. Asma bt. Saba
14. Zaynab bt. Khuzaima
15. Habla
16. Asma' bt. al-Nu'man
17. Maria al-Qibtiyya (orang Kristian)
18. Raihanah bt. Zaid (perhubungan yang tidak jelas)
19. Umm Sharik
20. Maimuna
21. Zainab bt. Khewalid
22. Khawla bt. Hakim
Renung-renungkan lah yg anda itu merupakan seorang islam..
 


0 comments: